Cara Mengenali MADU ASLI

Sunday 27 March 2016

Mama Kita Nak Bercuti Ke Mana?

Satu ungkapan yang pasti didengar
jika tibanya musim cuti sekolah.
----------------------------------------
Cuti sekolah masih berbaki 5 hari
sebelum bermulanya sesi persekolahan.
Pasti semua merancang ke mana-mana
Yang penting tahap keselamatan anda
sekeluarga SELAMAT.

Jika sebagai Muslim, sunat mulakan
perjalanan jauh dengan solat sunat safar (perjalanan)
dulu, 2 rakaat jer...
Mulakan perjalanan dengan doa, pasti EMOSI ahli
keluarga ceria dan elakkan salahfaham dalam
kereta. Sunat juga bertakbir bila melalui tempat tinggi,
bertasbih bila menuruninya.
Boleh penuhi masa dengan melawat tempat yang memberi
ilmu sambil dapat berseronok. Antaranya adalah Petrosains,
Planetarium, Kidzania, Muzium Negara, Zoo Negara,
Muzium Negara, Putrajaya dan masjid-masjid yang CANTIK.
Aktiviti yang mudah tapi percayalah, ibu bapa dan anak-anak
pasti akan merasai keseronokan disamping mengeratkan
hubungan dan kasih sayang.
Selamat Bercuti dengan CERIA!

No comments:

Post a Comment

Post