Cara Mengenali MADU ASLI

Tuesday 29 March 2016

4 Tips Elak Pembaziran Ketika Berbuka



Bulan Ramdhan terkenal dengan bulan puasa walaupun banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakukan pada bulan ini. Jika bulan puasa kita dibimbangi hanya menganggap bulan ni tak boleh makan ja, buat perkara lain boleh. Banyak benda yang tak boleh yang antaranya membazir ketika berbuka. So tips kali ini nak kongsi dengan korang nak elak membazir macam mana? Takut termasuk saudara syaitan pulakkan...

1.       Masak ikut keperluan ahli rumah
Kalau tinggal 2 orang dalam rumah tu, janganla masak macam 10 orang. Kita semua dah ada pengalaman perut orang Melayu khususnya atau orang Malaysia amnya hanya makan sederhana. Sekadar 2 gelas air, kuih 2 biji dan mee sikit sudah cukup (tidak termasuk yang badan besar). Jadi suri rumah ker tak suri ker kena masak cukup2 jer.

2.       Mulakan dengan buah-buahan seperti tamar kering ketika berbuka.
Kalau tidak ada cukup dengan buah lain atau tak ada sangat mulakan dengan air putih sahaja dulu. Mungkin boleh ambil 1 biji atau 3 tamar dan segelas atau 2 gelas air. Makan buah dapat mengehadkan perut kita dari ambik makanan yang banyak. Then, terus solat maghrib. Habis berdoa, solat selepas maghrib dan solat awwabin ker barulah makan mee sikit atau nasi ker. Janji jangan terlalu kenyang, kalau tak memang “parah” la korang nak solat tarawih nanti.

3.       Baca doa sebelum berbuka dan selepas berbuka.
Boleh search google macam mana doanya. Kalau tak tau suruh anak2 yang ngaji Pasti ker Kelas Kafa ker bacaJ. Walaupun doa macam tak penting, tapi dalam Islam doa sahaja sudah mampu mengelakkan nafsu kita dari makan berlebihan. Kalau boleh minum pun dengan seteguk demi seteguk  sahaja dan ucap ‘Alhamdulillah’ selepas setiap kali minum. Cepat hilang haus, aku dah cuba buat.

4.       Hidang yang nak makan sebelum solat sahaja.
Bila dah masuk waktu berbuka, hidang tamar dan air putih dulu. So, kita akan makan sikit dan terus solat. Kalau hidang semua, korang solat sambil renung makanan atas mejala jawabnya atau dalam minda dah tergambar semua jenis makanan yang sudah dihidangkan. Tindakan ini juga nak jaga solat kita dari terlajak dan paling malang terus jadi “Qodok” pulak.

Ingatan untuk aku juga ni...
Moga kita dapat mujahadah untuk melaksanakannya.


10 tips mudah dapat kerja



Mahu terus bekerja selepas tamat belajar?
Pasti Ya, sebab kalau jawab tidak, ramai orang Kampung, Jiran di bandar tanya korang; Tak dapat kerja lagi ker? Bukan dah graduate dari U ker?
Untuk elak orang bertanya, korang mesti kena PANTAS cari kerja. Tambahan lagi bukan korang saja yang graduate, korang kena bersaing dengan graduan IPTA dan IPTS lain juga. So, aku nak bantu korang dengan beberapa tips yang harap-harap berguna buat korang. Kalau tak berguna letak tepi jaaa...
1.    Sebelum korang tamat belajar, korang contact tempat kerja yang bakal korang apply tu awal-awal. Atleast, korang dah tunjukkan semangat nak kerja di situ. Kalau orang kampung aku cakap “cup” tempat dulu la, BUKAN bagi rasuah tau. Bila majikan lihat ia menjadi lambang kesungguhan korang, hatinya lebih mudah terima korang nanti bils dah graduate.

2.      Tanya senior korang yang sudah graduate, di mana diorang minta kerja? Bidang diaorang mesti sama dengan korang la...korang boleh tanya macam mana dia apply? borang ambil mana? soalan temuduga bentuk bagaimana di tanya? Pendapatan? feel majikan tu dan lain-lain laaa...

3.      Sentiasa mencari kerja bidang korang di akhbar harian, internet dan jaringan media sosial yang lain. Jangan dok chatting merapu jaa, paling tidak bil yang korang bayar bulan-bulan ada hasilnya. Sekarang hebahan melalui whatsapp, telegram sangat pantas. Hari ni pun aku dapat hebahan kerja kosong di UiTM. Kawan-kawan pasti bantu jika ada info bermanfaat dan kerja kosong. Guna FB post korang, tulis jaaa “sedang cari kerja” pasti ada rakan-rakan yang akan bagi jalan pada korang untuk dapatkan kerja. Contoh web cari kerja:
a)      Jobstreet
b)      JobsDB
c)       Jobsmalaysia
d)      Starjobs
e)      SPA Malaysia
f)       Monster
g)      JenJobs
h)      Bestjobs
i)        Indeed
j)        Mudah.my
4.      Korang juga kena tahu la tips dan teknik menghadiri temuduga. Pakaian macam mana, resume yang lengkap bagaimana, teknik confidentkan diri korang, jawab dengan yakin, tidak gementar, buat persediaan yang terbaik. Paling bagus, dapatkan tips dari kawan-kawan yang pernah menghadiri temuduga sama dengan bidang korang lagi MANTAP!

5.      Berdoa dan solat hajat tiap malam. Walaupun ia yang kelima TAPI sebenarnya tips ni yang paling utama. Setiap tindakan korang di atas sepatutnya disusuli dengan doa agar Allah bagi korang petunjuk. Semua medium yang korang guna seperti idea, tangan, usaha dan tenaga semuanya pinjaman belaka. So gunakannya dengan sentiasa bersandarkan pada-Nya setiap masa. Solat hajat pun mudah jaa. Paling kurang dua rakaat pun boleh. Yang penting berterusan (istiqamah). Macam ceramah plak.
Moga berjaya dan dapat memperkembangkan idea korang yang tip-top tuuu....
Besok nak buat ape yeee?:(

Susah Dahulu, Bersenang Kemudian




Dengar macam senang, tapi jika diamati dalam2, ianya sangat perit. Jika seorang ibu dan ayah inginkan anak yang comel, perlu bersusah dahulu dengan menjaga si ibu baik2 semasa baby dalam kandungan, bawa si ibu pergi klinik bulan2 dan banyak lagi. (tanya mereka yang dah jadi ibu dan ayah tuuuu).
 
Jika susah perlu sabar, tapi kesabaran yang sangat susah. Awalnya sangat senang diungkap, tapi sukar jika hadapi situasi sebenar. Namun, hasil setelah kesabaran sangat indah dan penuh kepuasan. Contoh pergi kerja hari2 xseronok, kena bangun awal, dan bersiap macam2, tapi dah hujung bulan dapat gaji, ceria…tambah dengan syukur akan lebih puas dan menghargai nilai wang.

Ok nak buat persiapan untuk anak ke nursery besok, kena check giginya awal pagi, kelebihan siapa yang hantar nursery yang berdaftar…
Maafkan semua orang  sebelum tidur

Mereka sangat membantu dalam kesihatan anda.


Bukan mudah ingin mendapatkan Golden Honey, kesabaran perlu tinggi. Jika dilihat pada rentetan mendapatkan madu asli ni sangat susah.
Sekarang...
Semuanya mampu mendapatkan dan memilikinya, cuma perlukan sedikit kesabaran sahaja.
SABAR perlu ada dalam diri untuk mendapatkan madu terbaik seperi Golden Honey (Madu Meletup).
-->>Mahu lebih info madu?
Klik sini -->>Booster..Bertenaga Semula ========================================
Pakar Madu Asli Meletup
Putera Jaya Kota Kinabalu

Whatsapp 019.710.5797 Sekarang.
Stok Terhad!

Madu Meletup Untuk Semua

Dalam kesibukan mereka mencari nafkah untuk menyara keluarga, kesihatan mereka tetap diutamakan.
Mereka memilih Golden Honey kerana telah memberikan keyakinan yang tinggi untuk selesaikan masalah mereka.
Jika anda bekerja, Golden Honey membantu dalam pengembalian TENAGA ke arah lebih baik dan anda semakin positif setiap hari.
Pastikan Bismillah, selawat 3 kali dan niatkan tujuan pengambilannya seperti mendapatkan tenaga untuk menyara kelaurga tersayang.
-->>Mahu lebih info madu?
Klik sini -->>Booster..Bertenaga Semula

Pakar Madu Asli Meletup
Putera Jaya Kota Kinabalu

Whatsapp 019.710.5797 Sekarang.
Stok Terhad!