Cara Mengenali MADU ASLI

Tuesday 29 March 2016

4 Tips Elak Pembaziran Ketika Berbuka



Bulan Ramdhan terkenal dengan bulan puasa walaupun banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakukan pada bulan ini. Jika bulan puasa kita dibimbangi hanya menganggap bulan ni tak boleh makan ja, buat perkara lain boleh. Banyak benda yang tak boleh yang antaranya membazir ketika berbuka. So tips kali ini nak kongsi dengan korang nak elak membazir macam mana? Takut termasuk saudara syaitan pulakkan...

1.       Masak ikut keperluan ahli rumah
Kalau tinggal 2 orang dalam rumah tu, janganla masak macam 10 orang. Kita semua dah ada pengalaman perut orang Melayu khususnya atau orang Malaysia amnya hanya makan sederhana. Sekadar 2 gelas air, kuih 2 biji dan mee sikit sudah cukup (tidak termasuk yang badan besar). Jadi suri rumah ker tak suri ker kena masak cukup2 jer.

2.       Mulakan dengan buah-buahan seperti tamar kering ketika berbuka.
Kalau tidak ada cukup dengan buah lain atau tak ada sangat mulakan dengan air putih sahaja dulu. Mungkin boleh ambil 1 biji atau 3 tamar dan segelas atau 2 gelas air. Makan buah dapat mengehadkan perut kita dari ambik makanan yang banyak. Then, terus solat maghrib. Habis berdoa, solat selepas maghrib dan solat awwabin ker barulah makan mee sikit atau nasi ker. Janji jangan terlalu kenyang, kalau tak memang “parah” la korang nak solat tarawih nanti.

3.       Baca doa sebelum berbuka dan selepas berbuka.
Boleh search google macam mana doanya. Kalau tak tau suruh anak2 yang ngaji Pasti ker Kelas Kafa ker bacaJ. Walaupun doa macam tak penting, tapi dalam Islam doa sahaja sudah mampu mengelakkan nafsu kita dari makan berlebihan. Kalau boleh minum pun dengan seteguk demi seteguk  sahaja dan ucap ‘Alhamdulillah’ selepas setiap kali minum. Cepat hilang haus, aku dah cuba buat.

4.       Hidang yang nak makan sebelum solat sahaja.
Bila dah masuk waktu berbuka, hidang tamar dan air putih dulu. So, kita akan makan sikit dan terus solat. Kalau hidang semua, korang solat sambil renung makanan atas mejala jawabnya atau dalam minda dah tergambar semua jenis makanan yang sudah dihidangkan. Tindakan ini juga nak jaga solat kita dari terlajak dan paling malang terus jadi “Qodok” pulak.

Ingatan untuk aku juga ni...
Moga kita dapat mujahadah untuk melaksanakannya.


No comments:

Post a Comment