Cara Mengenali MADU ASLI

Tuesday 29 March 2016

10 tips mudah dapat kerja



Mahu terus bekerja selepas tamat belajar?
Pasti Ya, sebab kalau jawab tidak, ramai orang Kampung, Jiran di bandar tanya korang; Tak dapat kerja lagi ker? Bukan dah graduate dari U ker?
Untuk elak orang bertanya, korang mesti kena PANTAS cari kerja. Tambahan lagi bukan korang saja yang graduate, korang kena bersaing dengan graduan IPTA dan IPTS lain juga. So, aku nak bantu korang dengan beberapa tips yang harap-harap berguna buat korang. Kalau tak berguna letak tepi jaaa...
1.    Sebelum korang tamat belajar, korang contact tempat kerja yang bakal korang apply tu awal-awal. Atleast, korang dah tunjukkan semangat nak kerja di situ. Kalau orang kampung aku cakap “cup” tempat dulu la, BUKAN bagi rasuah tau. Bila majikan lihat ia menjadi lambang kesungguhan korang, hatinya lebih mudah terima korang nanti bils dah graduate.

2.      Tanya senior korang yang sudah graduate, di mana diorang minta kerja? Bidang diaorang mesti sama dengan korang la...korang boleh tanya macam mana dia apply? borang ambil mana? soalan temuduga bentuk bagaimana di tanya? Pendapatan? feel majikan tu dan lain-lain laaa...

3.      Sentiasa mencari kerja bidang korang di akhbar harian, internet dan jaringan media sosial yang lain. Jangan dok chatting merapu jaa, paling tidak bil yang korang bayar bulan-bulan ada hasilnya. Sekarang hebahan melalui whatsapp, telegram sangat pantas. Hari ni pun aku dapat hebahan kerja kosong di UiTM. Kawan-kawan pasti bantu jika ada info bermanfaat dan kerja kosong. Guna FB post korang, tulis jaaa “sedang cari kerja” pasti ada rakan-rakan yang akan bagi jalan pada korang untuk dapatkan kerja. Contoh web cari kerja:
a)      Jobstreet
b)      JobsDB
c)       Jobsmalaysia
d)      Starjobs
e)      SPA Malaysia
f)       Monster
g)      JenJobs
h)      Bestjobs
i)        Indeed
j)        Mudah.my
4.      Korang juga kena tahu la tips dan teknik menghadiri temuduga. Pakaian macam mana, resume yang lengkap bagaimana, teknik confidentkan diri korang, jawab dengan yakin, tidak gementar, buat persediaan yang terbaik. Paling bagus, dapatkan tips dari kawan-kawan yang pernah menghadiri temuduga sama dengan bidang korang lagi MANTAP!

5.      Berdoa dan solat hajat tiap malam. Walaupun ia yang kelima TAPI sebenarnya tips ni yang paling utama. Setiap tindakan korang di atas sepatutnya disusuli dengan doa agar Allah bagi korang petunjuk. Semua medium yang korang guna seperti idea, tangan, usaha dan tenaga semuanya pinjaman belaka. So gunakannya dengan sentiasa bersandarkan pada-Nya setiap masa. Solat hajat pun mudah jaa. Paling kurang dua rakaat pun boleh. Yang penting berterusan (istiqamah). Macam ceramah plak.
Moga berjaya dan dapat memperkembangkan idea korang yang tip-top tuuu....
Besok nak buat ape yeee?:(

No comments:

Post a Comment