Cara Mengenali MADU ASLI

Wednesday 6 April 2016

Cara Pengaruhi Orang Lain


Jika korang tengok tajuk, macam ada agenda tersembunyi jer.
Pertama sekali, jangan bertanggapan negative atas perkara yang nampak secara zahir di hadapan mata korang. Teknik ini tidak menggunakan rasuah, pecah amanah, penipuan, atau membenci seseorang (Islam tak ajar tau yang begitu).
Hari-hari kita akan cuba pengaruhi orang lain, cuma kita tak sedar jer.

Di rumah, ibu bapa nak pengaruhi anak-anak agar dengar cakap mereka.
Cikgu nak pengaruhi anak murid.
Peniaga nak pengaruhi pelanggan.
Dan lain-lain, fikir la sendiri…

Jika korang berjaya pujuk orang lain maknanya, orang yang dipujuk sukakan korang dan ingin memperoleh sesuatu dari korang tak kirala apa yang ada di benak hati dan minda dia tuuu. Idea ini untuk korang yang terlibat dengan bisnes, tak kira kecil ker besar.

Pertama, mulakan perbualan seperti biasa. Tak boleh menekan prospek dengan soalan yang menunjukkan korang terus nak menjual barang. Tanyakan apa masaalah prospek korang dahulu, barulah korang bagi solusi. Kalau prospek bingung-bingung fikir, korang sendirila jadikan prospek anda ada masalah dan korang kritikalkan lagi masalah tu.

Kedua, bila dah mesra macam mana nak bagi prospek ingatkan kita, bagilah kad bisnes korang sebelum dia blah begitu jer. Semasa pujukan dalam point di atas kalau boleh jangan ambil masa yang lama sebab prospek tu cuma terjumpa korang bukan nak jumpa korang sangat.

Walaupun simple, jika korang buat dengan betul prospek pasti akan ingat pada korang dan hubungi korang pada masa depan. Penting sangat-sangat, jadikan mereka seperti kawan anda dahulu.

Moga ada manfaat

Dah nak pergi cari paru lembu yang mengandungi 7.7 mg zat besi dalam setiap 92 gram saiz hidangan. Boleh atasi darah rendahJ




No comments:

Post a Comment