Cara Mengenali MADU ASLI

Monday 27 February 2017

3 TIPS ELAK ANAK DENGAN 'NAJIS' DADAH


Satu kempen membanteras penularan dadah
bermula dari rumah lagi. Anak merupakan aset
negara, jadi ibu bapa perlu pastikan kehidupan
mereka BAHAGIA dan DISAYANGI


Pagi tadi ada dengar tentang kempen anti dadah
di Radio IKIM. Antara yang menarik perhatian
kempen anti dadah bermula dari rumah dengan
3 tips penting ini.

Pertama, pereratkan kasih sayang kepada anak-anak
di rumah. Anak-anak akan rasa dilindungi dan menghormati
segala tunjuk ajar ibu bapa berikan.

Kedua, elakkan anak-anak menghadapi tekanan perasaan.
Mereka juga macam kita, jika tekanan terlalu tinggi,
kemungkinan anak-anak mudah mencari 'jalan keluar'
yang mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri.

Ketiga, sentiasa bersama mereka di mana sahaja
anak-anak berada. Boleh menjadi kawan kepada
anak-anak. Mereka akan rasa sentiasa ada 'rakan'
di sisi dan akan mengingati nasihat yang diberikan.

Mahukan lebih info kesihatan?
Layari http://www.maduaslimeletup.blogspot.my

Madu Asli Meletup Kota Kinabalu
019-710 5797

No comments:

Post a Comment